mAsA iTu eMaS
Surah Al-Asr pun menyatakan demi masa. Kenapa ye? pengagihan masa amat penting tetapi jarang dilakukan. semua nak on the spot. Bila ditanya 5 tahun lagi apa awak akan buat? jawapan nya entahlah, tengoklah. Adakah kita memang diajar berserah atau tak boleh merancang??? Mengelak dari melaksanakan tugas kerana tak ada "masa"? Ini bukan jawapan nya. Jawapannya orang itu tak tahu mengurus masa.
INFO TERKINI
17 Mac 2012
03 Mac 2012
Permohonan Pendaftaran Kemasukan Ke Tahun Satu Sesi Persekolahan 2013 dan 2014
Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 Mac 2012 sehingga 30 April 2012, permohonan pendaftaran ke Tahun 1 sesi 2013 dan 2014 hendaklah dibuat melalui aplikasi dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang (web) Jabatan Pelajaran Selangor http://www.moe.gov.my/jpnselangor.
Permohonan hendaklah dibuat mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 1 Mac hingga 30 April 2012
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Pejabat sekolah
Berikut adalah perkara yang perlu dibawa semasa mendaftar di sekolah :
1. Sijil lahir / sijil anak angkat asal
2. Bil utiliti (Bil eletrik/bil air)
3. Satu salinan kad pengenalan ibu dan bapa /penjaga
4. Dua sampul surat putih bersaiz 4″x9″
5. Dua keping setem 60 sen
Permohonan ini adalah pada kanak-kanak yang lahir pada :
1. 02.01.2006 – 01.01.2007 (Sesi Persekolahan 2013)
2. 02.01.2007 – 01.01.2008 (Sesi Persekolahan 2014)
Ibu bapa perlu membuat Perakuan Permohonan tersebut di sekolah yang dipohon dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan online dengan membawa bersama cetakan borang maklumat permohonan serta dokumen-dokumen asal dan salinan yang diperlukan.
Semoga mendapat kerjasama dan perhatian yang sewajarnya.
Langgan:
Catatan (Atom)
JADILAH GURU SEBENAR
KE SEKOLAH TIDAK JEMU
Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah;
positif atau negatif;
hitam atau putih;
buruk atau baik;
cemerlang atau kecundang;
begitu juga sikap dan perlakuan kita sebagai guru-guru yang bukan sahaja profesional sifatnya malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa.
PENAFIAN:
Sejak 28 November 2009 Blog Hal Ehwal Murid SK Shah Alam ini tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan
oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Copyright © 2009 . All rights reserved