mAsA iTu eMaS
Surah Al-Asr pun menyatakan demi masa. Kenapa ye? pengagihan masa amat penting tetapi jarang dilakukan. semua nak on the spot. Bila ditanya 5 tahun lagi apa awak akan buat? jawapan nya entahlah, tengoklah. Adakah kita memang diajar berserah atau tak boleh merancang??? Mengelak dari melaksanakan tugas kerana tak ada "masa"? Ini bukan jawapan nya. Jawapannya orang itu tak tahu mengurus masa.
INFO TERKINI

30 November 2009

Aktiviti HEM SK. Shah Alam 2009

ini adalah sebahagian dari aktiviti-aktiviti HEM
sepanjang tahun 2009


LATIHAN KEBAKARAN



RIMUP


CERAMAH POLIS


TAMAN HERBA


PEMERIKSAAN GIGI

Air Show





28 November 2009

STRATEGI PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


1. Sistem Pendaftaran Pelajar.

1.1. Sekolah melaksanakan Program Hari Orentasi murid tahun 1 dan PraSekolah.
1.2. Hari Orentasi murid dijalankan satu atau dua hari sebelum persekolahan sebenar.
1.3. Ibubapa atau penjaga murid menyerahkan borang maklumat murid semasa hadir pada hari orentasi.
1.4. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran adalah seperti berikut :
1.4.1. Pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat murid.
1.4.2. Bayaran yuran persekolahan.
1.4.3. Pengagihan buku teks
1.4.4. Taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibubapa atau penjaga.
1.4.5. Memasukkan data murid ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah dan sistem maklumat murid sebelum akhir bulan Januari.

2. Penguatkuasaan Peraturan Sekolah.
2.1 Semua murid perlu memiliki Buku Panduan Tatacara Displin Sekolah.
2.2 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.
2.3 Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tahun tiga hingga tahun enam.
2.5 Bilangan pengawas sekolah adalah 10% daripada bilangan keseluruhan murid pada tahun semasa.
2.6 Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut :
2.6.1 Pencalonan oleh guru kelas.
2.6.2 Temuduga oleh jawatankuasa disiplin dan pengawas sekolah.
2.6.3 Kursus perlaksanaan tugas dan tanggungjawab.
2.6.4 Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari.
2.6.5 Majlis watikah perlantikan
2.7 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar peraturan.

3. Perlaksanaan Program-Program Kesihatan.
3.1 Memastikan perlaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menepati sasaran dan matlamat
perlaksanaannya seperti berikut :
3.1.1 Bilangan murid yang terlibat.
3.1.2 Pemilihan murid yang tepat.
3.1.3 Penyediaan menu yang berkhasiat.

3.2 Memastikan pelajar menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah seperti berikut :
3.2.1 Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera.
3.2.2 Berinteraksi dengan kawan-kawan.
3.2.3 Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya.

3.3 Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti :
3.3.1 Pemeriksaan mata.
3.3.2 Pemeriksaan gigi.
3.3.3 Pemeriksaan kuku dan rambut.
3.3.4 Pemeriksaan kesihatan dan kebersihan diri.

3.4 Memastikan pengurusan kantin dan persekitaran sentiasa bersih.
3.4.1 Pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan kesihatan.
3.4.2 Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti.
3.4.3 Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri
3.4.4 Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan.

3.5 Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut :
3.5.1 Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.
3.5.2 Gotong-royong.
3.5.3 Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah secara spontan bila menjumpainya.
3.5.4 Tidak membuang sampah merata-rata.

4. Mempertingkatkan Peranan Guru-Guru.
4.1 Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua murid dalam sebarang tindakan
yang diambil.
4.2 Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep “MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM”.
4.3 Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.

5. Melaksanakan Sesi Kaunseling & Motivasi.
5.1 Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa diberikan kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut :
5.1.1 Sesi kaunseling Individu
5.1.2 Sesi kaunseling kelompok
5.1.3 Lawatan khas guru kaunseling ke rumah.
5.1.4 Kem Jati diri

6. Pelaksanaan modul-modul Dalam Program Sekolah Selamat.
6.1 Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran melalui LATIHAN KAWAD KECEMASAN.
6.2 Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pikah tertentu berkaitan perkara berikut :
6.2.1 Keselamatan jalan raya.
6.2.2 Jenayah juvana
6.2.3 Pertolongan cemas
6.2.4 Penyalahgunaan dadah.

7. Penggalakkan Penyertaan Aktiviti Luar.
7.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang dianjurkan oleh perbagai pihak
seperti :
7.1.1 Menyertai pertandingan melukis dan mewarna.
7.1.2 Menyertai rombongan atau lawatan sambil belajar.
7.1.3 Menyertai pertandingan kokurikulum akademik.
7.1.4 Menyertai pertandingan sukan dan permainan.

AKTIVITI-AKTIVITI HAL EHWAL MURID


1. Pendaftaran dan Orientasi Tahun 1 dan Pra Sekolah

Pendaftaran dan orentasi tahun 1 dan Prasekolah ini dijalankan sehari sebelum sesi persekolahan awal tahun bermula. Murid-murid Tahun 1 diberikan pendedahan awal tentang kelas dan kawasan persekitaran sekolah bagi membiasakan mereka dengan suasana persekolahan yang baru.

2. Kursus Kepimpinan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan ciri-ciri kepimpinan dan motivasi kepada pengawas, ketua dan penolong ketua kelas. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menerapkan ciri-ciri dan nilai kepimpinan dalam kalangan mereka bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik seperti yang diamanahkan.

3. Watikah Perlantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah
Sekolah juga menjalankan perlantikan pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah pada awal tahun sesi persekolahan pada setiap tahun. Perlantikan ini bagi memberikan perlantikan secara rasmi murid-murid yang telah dipilih menjawat jawatan-jawatan tersebut.

4. Sambutan Hari Guru
Sambutan diadakan pada 16 Mei setiap tahun yang bertujuan memberi penghargaan kepada guru-guru selain memberi peluang kepada murid-murid mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar mereka.

5. Latihan Kebakaran
Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun, iaitu sekali pada penggal pertama dan sekali pada penggal kedua. Pihak sekolah juga memanggil Jabatan Bomba berhampiran untuk memberikan ceramah keselamatan dan teknik-teknik memadam api dengan betul.

6. Sambutan Bulan Kemerdekaan
Pihak sekolah menjalankan aktiviti sambutan bulan kemerdekaan bermula pada 19 Ogos hingga 19 September setiap tahun. Selain itu, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang sambutan dijalankan seperti perasmian pengibaran Jalur Gemilang, Sambutan 31 Ogos, Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan. Selain itu, acara-acara lain yang turut dijalankan adalah seperti nyanyian lagu patriotik, pertandingan hiasan kelas bertemakan kemerdekaan, pertandingan melukis poster dan pelbagai lagi.

7. Sambutan Hari Kanak-Kanak
Pada setiap tahun, pihak sekolah menyambut hari kanak-kanak dan hari kokurikulum dengan bergabung bersama unit kokurikulum. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti sukaneka, sukan, persembahan dan pelbagai lagi.

8. RMT
Hanya tiga orang murid dari sekolah ini telah mendapat RMT. Murid-murid tersebut diberikan makanan pada awal pagi sebelum sesi persekolahan bermula.

9. Program Imunisasi Murid Tahun 1 dan 6
Program Iminusasi Murid Tahun 1 diberi pada awal tahun dan untuk murid Tahun 6 pada pertengahan Tahun. Kedua-dua Imunisasi ini diberi oleh klinik kesihatan yang berhampiran iaitu Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam.

10. Rawatan Pergigian
Rawatan pergigian diberikan juga oleh klinik kesihatan berhampiran dan pihak sekolah telah menyediakan satu bilik khas untuk doktor berkenaan memberikan rawatannya. Rawatan ini diberikan sepanjang tahun.

11. Pendaftaran Murid Tahun 6 ke Tingkatan 1
Pihak sekolah juga membuat persediaan dan pendaftaran untuk murid-murid Tahun 6 ke Tingkatan 1. Biasanya borang-borang yang berkenaan akan mula diisikan selepas peperiksaan UPSR. Selain itu, pihak sekolah juga membantu murid-murid yang layak dan ingin memohon ke sekolah berasrama penuh.

12. Pertandingan Kebersihan Kelas
Pertandingan kebersihan kelas dijalankan sepanjang tahun. Kebersihan dinilai oleh pihak pentadbir dan kelas yang terbaik diberikan satu piala pusingan.


13. Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah
Pihak sekolah sering menjalankan gotong-royong perdana peringkat sekolah dengan kerjasama MBSA, Majlis Perwakilan Penduduk, dan pelbagai pihak lagi bagi memastikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih.

14. Bantuan Kebajikan Murid
Pihak sekolah juga mendapat bantuan sumbangan daripada pihak luar seperti PIBG, Kedai Buku Sekolah, Dominos dan pelbagai lagi dalam membantu murid-murid yang kurang berkemampuan. Bantuan-bantuan yang diberi seperti pembelian alat tulis dan peralatan sekolah, kasut, baju dan pelbagai lagi.

15. Program Maju Diri
Program Maju Diri dijalankan pada minggu kedua sesi persekolahan bermula. Murid-murid yang terlibat adalah di dalam kalangan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Pelbagai aktiviti berbentuk motivasi dan ilmiah diberikan kepada murid-murid tersebut.

16. Sesi Kaunseling
Sekolah mempunyai dua orang guru kaunseling. Seorang di sesi pagi dan seorang di sesi petang. Guru kaunseling tersebut banyak menjalankan program kaunseling bagi membantu murid-murid terutama murid-murid yang bermasalah. Selain secara berkelompok, sesi kaunseling individu juga dijalankan.

17. Program RIMUP
Program integrasi kaum ini turut dijayakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah telah bekerjasama dengan sekolah-sekolah sekitar dalam pelbagai aktiviti bagi mengeratkan lagi hubungan antara kaum-kaum di Malaysia.

18. Program Ceramah Keselamatan Bersama Polis
Pihak sekolah sentiasa menjalinkan hubungan yang baik bersama pihak polis bagi menjamin keselamatan murid-murid sekolah terjaga. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah keselamatan dan pameran-pameran dijalankan bagi memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang keselamatan diri masing-masing.

19. Program bersama Klinik Kesihatan Daerah
Program ini dijalankan pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah kesihatan, bantuan kecemasan dan pelbagai lagi dijalankan bagi memastikan murid-murid tahu cara menjaga kesihatan agar sentiasa sihat.

SK Shah Alam

FALSAFAH SEKOLAH
_______________________________________________________________

Sekolah Kebangsaan Shah Alam berazam
Untuk Melahirkan murid yang berkembang secara harmonis
Serta seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
Jasmani untuk memenuhi keperluan dan cabaran
Masa hadapan Negara selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan


MISI
______________________________________________________________

Untuk merealisasikan Visi,
kami warga Sekolah Kebangsaan Shah Alam
akan memastikan Misi berikut dilaksanakan dengan jayanya

*

Berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik
melalui aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan

*

Berusaha meningkatkan kecemerlangan kokurikulum
melalui pendekatan yang inovatif

*
Berusaha meningkatkan kecemerlangan sahsiah murid
melalui program bina insan yang efisyen dan efektif


MATLAMAT
______________________________________________________________

Murid boleh menguasai 3M
Murid Islam boleh menguasai PAFA
Murid boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris
Murid mempunyai kesedaran dan mengamalkan kebersihan,
Kesihatan dan kecerdasan diri
Membina daya kepimpinan, daya keyakinan dan semangat patriotism



NILAI – NILAI MURNI
______________________________________________________________

* Berbaik hati * Kebersihan fizikal dan mental
* Berdikari * Kejujuran
* Hemah tinggi * Kerajinan
* Hormat menghormati * Kerjasama
* Kasih sayang * Kesyukuran
* Keadilan * Kesederhanaan
* Kebebasan * Rasional
* Keberanian * Semangat bermasyarakat

Terbinanya Blog HEM SK. Shah Alam, Seksyen 16


Assalammualaikum....



Selamat Datang ke Blog Hal Ehwal Murid


SEKOLAH KEBANGSAAN SHAH ALAM
Jalan Dawai 16/2, Seksyen 16
40200, SHAH ALAM
SELANGOR


Lakaran Sejarah Hari ini 29 November 2009 terbinanya blog ini....

JADILAH GURU SEBENAR
KE SEKOLAH TIDAK JEMU
Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif; hitam atau putih; buruk atau baik; cemerlang atau kecundang; begitu juga sikap dan perlakuan kita sebagai guru-guru yang bukan sahaja profesional sifatnya malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa.
dUnia kUriKuLuM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute