mAsA iTu eMaS
Surah Al-Asr pun menyatakan demi masa. Kenapa ye? pengagihan masa amat penting tetapi jarang dilakukan. semua nak on the spot. Bila ditanya 5 tahun lagi apa awak akan buat? jawapan nya entahlah, tengoklah. Adakah kita memang diajar berserah atau tak boleh merancang??? Mengelak dari melaksanakan tugas kerana tak ada "masa"? Ini bukan jawapan nya. Jawapannya orang itu tak tahu mengurus masa.
INFO TERKINI

17 Disember 2010

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Datuk Abdul Ghafar Mahmud

Pengarah Institut Aminuddin Baki Datuk Abdul Ghafar Mahmud dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baru bagi menggantikan Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang bersara wajib.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelantikan itu adalah selaras dengan peruntukan 144(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan beliau (Abdul Ghafar) sebagai Ketua Pengarah Pelajaran
Gred Utama Turus III,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata pelantikan itu dibuat berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki Abdul Ghafar dalam bidang pendidikan, pengetahuan selain kompetensinya.

“Saya percaya pengalaman, pengetahuan serta komitmen beliau akan membolehkannya melaksanakan tugas seperti mana yang diperuntukkan oleh Akta Pendidikan 1996,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin turut merakamkan penghargaan kerajaan terhadap sumbangan Alimuddin sepanjang 34 tahun berkhidmat dalam bidang pendidikan.

Abdul Ghafar, 56, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari University of East Anglia, Norwich, United Kingdom dan Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya.

Beliau memulakan perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran pada 1 Mei 1977.

Sepanjang perkhidmatannya dalam bidang pendidikan, Abdul Ghafar telah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Atase Pendidikan di Jabatan Penuntut Malaysia, Washington, Amerika Syarikat (1989), Pengarah Bahagian Sukan Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran (2007) dan Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran pada 2008.

11 Disember 2010

Hari Orientasi Murid Prasekolah dan Tahun Satu 2011

Proton Baru - Versi Pahlawan










06 Disember 2010

Maal Hijrah 1432

Salam Hijrah...

moga kita tekadkan iltizam
untuk membawa perubahan dari sesuatu yg buruk kepada baik ,
dari yg baik kepada yang lebih baik lagi agar kehidupan kita ,
keluarga kita,
sahabat kita ,
bangsa kita , agama kita
dan negara kita terus terpelihara dan
dibawah rahmat ALLAH SWT..amin

DOA AWAL TAHUN

(dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah
telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.)

Ertinya: Dengan Nama Allah YangImbang Penuh Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan sekelian alam. Rahmat dan sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekelian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahan-Mu sangat-sangat diharapkan.
Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekelian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (Nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

Hari Orientasi Murid Prasekolah dan Tahun Satu 2011

04 Disember 2010

Takwim Persekolahan 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia

Kumpulan B

Penggal Cuti dan Hari Persekolahan
I Hari Persekolahan 03.01.2011 - 31.01.2011
Hari Persekolahan 01.02.2011 - 28.02.2011
Hari Persekolahan 01.03.2011 - 11.03.2011

Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2011 - 20.03.2011


Hari Persekolahan 21.03.2011 - 31.03.2011

Hari Persekolahan 01.04.2011 - 30.04.2011
Hari Persekolahan 01.05.2011 - 27.05.2011

Cuti Pertengahan Tahun 28.05.2011 - 12.06.2011


II Hari Persekolahan 13.06.2011 - 30.06.2011
Hari Persekolahan 01.07.2011 - 31.07.2011
Hari Persekolahan 01.08.2011 - 26.08.2011

Cuti Pertengahan Penggal ke II 27.08.2011 - 04.09.2011


Hari Persekolahan 05.09.2011 - 30.09.2011

Hari Persekolahan 01.10.2011 - 31.10.2011
Hari Persekolahan 01.11.2011 - 18.11.2011

Cuti Akhir Tahun 19.11.2011 - 01.01.2012
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78

17 November 2010

Hari Anugerah Pelajar Cemerlang SKSA 12.11.2010






31 Oktober 2010

Kursus Pengurusan Pendidikan Dadah (PPDa) Selangor

Lokasi : DJ HOLIDAY RESORT PANGKOR
Tarikh : 25 hingga 28 Oktober 2010
Peserta : 50 GPK HEM Terhebat SELANGOR


Renungan Buat semua GPK2 HEM :
Istilah HEM :
Hanya Engkau yang Mampu dan jangan jadikah
HEM itu Hanya Engkau sorang yang Merana




15 September 2010

Selamat Menjalani UPSR 2010



Seramai 76 orang murid sekolah ini akan menghadapi UPSR 2010 yang akan bermula pada 21 september 2010 (selasa) ini. Kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki UPSR kali ini didoakan semoga dapat menjawab dengan yakin dan tabah menghadapinya dan memperolehi keputussn 5A.InsyaAllah.


07 September 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Khas semua nya
diri ini hanyalah manusia biasa
yang tak luput dari segala kesalahan dan dosa
serta prasangka
di penghujung bulan yang penuh berkah ini
memohon maaf atas segala perilaku, ucapan, tingkah laku serta prasangka baik yang disengaja mahupun tidak sengaja
semoga amal ibadah kita di bulan yang penuh berkah ini diterima oleh Nya dan semoga kita kembali di pertemukan dengan bulan yang penuh berkah ini.


01 September 2010

PERMOHONAN SECARA ONLINE KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH UNTUK PELAJAR TINGKATAN SATU BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2011

PERMOHONAN SECARA ONLINE KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH
UNTUK PELAJAR TINGKATAN SATU BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2011
KINI TELAH DIBUKA LAYARI LAMAN WEB BERIKUT
[ http://apps.emoe.gov.my/sst1online2008/2010/]--->


30 Ogos 2010

Sambutan Di Ambanmg Kemerdekaan SKSA 30.8. 2010


16 Ogos 2010

Majlis Pelancaran Jalur Gemilang SKSA 16.8.2010

Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pn Maah Binti Hj Rosdin, Guru Besar SKSA jam 8.30 pagi tadi





08 Ogos 2010

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa


Selamat Berpuasa bagi semua Umat Islam… Tidak kira yang boleh puasa, ataupun tidak… Selamat berpuasa juga diucapkan Kepada pelayar web saya… Bila bulan Ramadhan, Amalan solat sunat Terawih akan dilaksanakan disemua masjid seluruh dunia,marilah kita sama-sama luangkan masa seketika bersama keMasjid melakukan solat sunat Terawih “MOGA SALING MENGINGATI AKHIRAT”

Pengertian Puasa
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Syarat Wajib Puasa

* Berakal

* Akhir Baligh (Cukup umur)

* Kuat atau mampu mengerjakan puasa

Syarat Sah Puasa

* Islam

* Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)

* Suci daripada haid dan nifas

* Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

Rukun Puasa

* Berniat – Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.

* Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

Perkara Yang Membatalkan Puasa

* Makan dan minum dengan sengaja

* Muntah dengan sengaja

* Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan

* Keluar darah haid atau nifas

* Gila

* Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

Orang Yang Diizinkan Berbuka Atau Tidak Berpuasa

* Orang yang sakit

* Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.

* Orang tua yang sudah lemah

* Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

07 Julai 2010

KENYATAAN TENDER KANTIN SK SHAH ALAM


SEKOLAH KEBANGSAAN SHAH ALAM
Jalan Dawai 16/2, Seksyen 16, 40200 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.

KENYATAAN TENDER KANTIN SEKOLAH

1. Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk menjual makanan dan minuman serta menguruskan kantin Sekolah Kebangsaan Shah Alam, Jalan Dawai 16/2, Seksyen 16, 40200 Shah Alam untuk tempoh masa selama 2 tahun mulai 01 Januari 2011 hingga 31 Disember 2012.

2. Borang Tawaran Tender boleh didapati di pejabat sekolah mulai 02 Julai 2010 (waktu pejabat sahaja) Tawaran-tawaran yang tidak menggunakan borang tawaran tidak akan dipertimbangankan.


3. Tawaran Tender Kantin hendaklah dihantar dalam sampul surat yang berlakri dan bertanda di luarnya
“ Tawaran Tender Kantin Sekolah Kebangsaan Shah Alam “ di bahagian atas sudut kiri. Borang serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan hendaklah sampai ke pejabat sekolah pada atau sebelum
31 Julai 2010 jam 12 tengah hari. Tawaran yang lewat tidak akan dilayan.
4. Semua tawaran hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM1000.00 (Ringgit Malaysia: Satu ribu sahaja) dalam bentuk Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf atas nama “GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SHAH ALAM” . Permohonan tanpa wang pertaruhan tidak akan dilayan dan dipertimbangkan.

5. Wang pertaruhan ini akan dikembalikan kepada yang tidak berjaya selepas keputusan tawaran tender diumumkan. Bagi yang berjaya, wang pertaruhan akan dikembalikan selepas tamat tempoh perjanjian.

6. Pihak sekolah tidak terikat dengan tawaran tender yang tertinggi atau sebarang tawaran. Pihak sekolah adalah berhak menerima atau menolak sebarang tawaran dengan tidak menyatakan sebarang sebab.

7. Dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan bersama Borang Tawaran Tender Kantin ialah seperti berikut:

a) Sijil Pendaftaran Perniagaan
b) Sijil Kursus Pengendalian Makanan
c) Sijil Kewangan (jika perlu)
d) Butir-butir Peribadi dan surat sokongan / Perakuan pengalaman dalam usaha perniagaan dan pengendalian makanan.
8. Penender-penender yang berjaya dikehendaki menandatangani satu perjanjian dengan pihak sekolah dan dikehendaki membayar wang pertaruhan keselamatan sebanyak RM1000.00 dan bayaran tambahan sebanyak RM500.00 sebagai cagaran nil elektrik dan air.

9. Bayaran sewa kantin akan dikutip tiap-tiap bulan selama 12 bulan.

10. Keputusan Jawatankuasa Tender adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
11. Anggaran bilangan murid, guru dan kakitangan bagi Tahun 2011 adalah:

1. Bilangan Murid : 530 oarng
2. Sesi Persekolahan : Pagi sahaja
3. Bilangan Guru/Staff Sokongan : 50 orang

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA“

Saya yang menurut perintah,


...........................................
(MAAH BINTI ROSDIN)
Guru Besar
SK Shah Alam

02 Julai 2010

SK SHAH ALAM tersenarai peserta dlm MALAYSIA BOOK OF RECORDS


SKSA bertuah terpilih untuk penyertaan program "Most Number Of Children's FootPrint On Cloth" untuk direkodkan ke dalam MALAYSIA BOOK OF RECORDS anjuran Persatuan Taska Negeri Selangor. TAHNIAH kepada semua warga SKSA yang terlibat.









29 Jun 2010

Program Pemeriksaan Kesihatan SKSA 2010 - 25.6.2010





JADILAH GURU SEBENAR
KE SEKOLAH TIDAK JEMU
Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif; hitam atau putih; buruk atau baik; cemerlang atau kecundang; begitu juga sikap dan perlakuan kita sebagai guru-guru yang bukan sahaja profesional sifatnya malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa.
dUnia kUriKuLuM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute