mAsA iTu eMaS
Surah Al-Asr pun menyatakan demi masa. Kenapa ye? pengagihan masa amat penting tetapi jarang dilakukan. semua nak on the spot. Bila ditanya 5 tahun lagi apa awak akan buat? jawapan nya entahlah, tengoklah. Adakah kita memang diajar berserah atau tak boleh merancang??? Mengelak dari melaksanakan tugas kerana tak ada "masa"? Ini bukan jawapan nya. Jawapannya orang itu tak tahu mengurus masa.
INFO TERKINI

29 Mac 2010

Senarai Nama Penerima Bantuan KWAPM – Persekolahan 2010 SKSA

TAHUN : 2 (DUA)

1 MOHAMAD NOOR SYUKRI B JAAFAR
2 MUHAMAD SAFIQ B MUKHTAR
3 MUSTAQQIM B NOOR AZMAN
4 MAS GANDASARI BT OSMAN
5 MELANIE PUTRIA DEWITA SARI BT IBRAHI
6 MUHAMMAD DEL ASLAM B HALIM


TAHUN : 3 (TIGA)


1 MAHMUD B GHAZALI
2 MUHAMMAD IKHMAL HAFIZI B MOHD SHARI
3 NUR AZRINA BT AZMI
4 NURUL AISHAH BT KAMAL HAFIDZ


TAHUN : 4 (EMPAT)

1 MUHAMMAD FIRDAUS B. HARUN
2 MUHAMMAD HAIQAL B. HASAN
3 MUHAMMAD NOOR HAZLAMI B. JAAFAR
4 MOHAMAD FAIZ B. SAPARI
5 MOHAMAD NASIR B. MOHD LAHORI
6 NUR SAZWANI BT MOHAMAD TAHIR
7 MOHAMMAD DANIEL B. HALIM
8 NOR SARAHIDA BT MUSTAFA
9 NUR AYU ATIKAH BT MOHD ASRI
10 NURUL AIN NATASYA BT OTHMAN


TAHUN : 5 (LIMA)


1 FAZRIM SHAH B. HAMIDI
2 MOHAMMAD AFIQ B. ASLI
3 MUHAMAD AFIQ HAMIZAN B MUHAMAD N
4 NOOR SYAFIQAH BT. GHAZALI
5 NOR SHAHIRA BT RAHMAT
6 MUHAMMAD DANIAL ASYRAF B. ZAINUDIN
7 MUHAMMAD ZULFAYRI B. IBRAHIM
8 NIK MUHAMMAD IZZUDDIN B. MAT YUNAN
9 NURUL AFIFAH BT MD YUSOF


TAHUN : 6 (ENAM)

1 KHAIRUL AZWAN B. MOHD ASRI
2 MUHAMMAD HAIRI B. MOHD LAHORI
3 SHAHRUL IZAD B. HASIM
4 NOOR HAZIRAH BT JAAFAR
5 BURHANUDDEN EL HELMY B. MOHAMMAD F...
6 MUHAMMAD FIRDAUS HAFIZI B. MOHD SHA
7 MUHAMMAD NOOR AKMAL B. GAZALI
8 MUHAMMAD SHAHRUL HAFIZI B. AZMI
9 NURUL SYAKIRAH BT ZAINUDIN
10 MUHAMMAD AMIRUL IMRAN B. SABERI
11 KHALIDAH NUR BT MURAD

27 Mac 2010

Pendaftaran Online Tahun 1 bagi Tahun 2011


Pada tarikh hari ini 27 MAC 2010(Sabtu)


seramai 81 bakal murid tahun 1 pada 2011 yang telah mohon daftar secara online di SKSA. Dari 81 murid ini, seramai 77 murid telahdi peraku permohonannya, tinggal 4 murid sahaja kerana belum menghantar dokumen kepada pihak sekolah. Di bawah ini dipaparkan senarai nama yang telah diperakukan permohonannya oleh pihak sekolah.

Kepada ibu bapa / penjaga yang belum menghantar dokumen hendaklah berbuat demikian dengan kadar segera.

Tarikh Pendaftaran Online Tahun 1 bagi tahun 2011 ialah
mulai 1 MAC hingga 30 APRIL 2010

Sebarang masalah / kemuskilan boleh berhubung terus ditalian :
0192449969 (jam 8.00pg - 2.00ptg)- Abd Rashid GPK HEM SK Shah Alam.



Senarai Nama Sudah diperaku Pemohonan Thn 1 2011 -

Langkah untuk cari senarai nama telah online thn 1


Langkah untuk cari senarai nama telah online thn 1 -

21 Mac 2010

Masa BM, BI ditambah 2011


KUALA LUMPUR 20 Mac - Kabinet telah membuat keputusan untuk menambah masa pembelajaran subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di sekolah rendah berkuat kuasa pada sesi persekolahan 2011.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penambahan itu adalah selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) berikutan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau memberitahu, bagi sekolah kebangsaan (SK), penambahan masa hanya untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris iaitu dari 240 kepada 330 minit seminggu bagi tahap satu manakala tahap dua dari 210 kepada 300 minit seminggu.

Beliau berkata, bagi sekolah jenis kebangsaan (SJK), penambahan masa melibatkan kedua-dua mata pelajaran itu.

''Bagi Bahasa Inggeris penambahan masa untuk tahap satu adalah dari 60 kepada 120 minit seminggu manakala tahap dua dari 90 kepada 120 minit seminggu.

''Bagi Bahasa Malaysia pula, untuk tahap satu ditambah dari 270 kepada 330 minit seminggu manakala tahap dua dari 180 kepada 270 minit seminggu,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa penambahan masa itu tidak akan menyebabkan sesi persekolahan dipanjangkan.

Katanya, pihak kementerian juga akan mengolah kurikulum supaya ia menjadi lebih kreatif bagi memastikan proses pembelajaran yang menyeronokkan.

"Ia tidak akan menyebabkan waktu persekolahan menjadi panjang kerana kita buat pengubahsuaian mana waktu kita (perlu) kurangkan dan mana waktu yang kita (perlu) tambah," katanya.

mingguan malaysia
21/3/2010

20 Mac 2010

Saje-saje tengok









19 Mac 2010

Kuala Lumpur Zaman dulu-dulu....









13 Mac 2010

Cuti Pertengahan Penggal



Pihak sekolah mengucapkan Selamat Bercuti
kepada semua warga SK Shah Alam sempena Cuti Pertengahan Penggal.
Sekolah akan bercuti pada 13hb Mac hingga 21hb Mac 2010.



Sambutan Maulidul Rasul Peringkat sekolah SKSA

10 Mac 2010

Koleksi Gamabr Sekitar Kejohanan Sukan kali ke 34 SKSA














06 Mac 2010

Kejohanan Sukan Tahunan SKSA kali ke 34

05 Mac 2010

Kejohanan Sukan Tahunan SKSA kali ke 34

JEMPUTAN

KEPADA IBU BAPA / PENJAGA DAN MASYARAKAT SETEMPAT
UNTUK BERSAMA-SAMA DATANG KE SK SHAH ALAM
KEJOHANAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN KE 34
SEKOLAH KEBANGSAAN SHAH ALAM
PADA :

TARIKH : 6 MAC 2010
HARI : SABTU
TEMPAT : PADANG SKSA
MASA : 8.00 PAGI


03 Mac 2010

Guru Tidak Boleh Kenakan Hukuman Fizikal Terhadap Murid


KUALA LUMPUR: “Tiada peraturan yang membolehkan guru mengenakan sebarang hukuman fizikal terhadap murid,” kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan seorang guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan SS 17 yang didakwa mencubit pipi dan lengan seorang murid Orang Kurang Upaya (OKU), Zulhilmi Hakim, 12, hingga meninggalkan kesan lebam.

Kejadian berkenaan disedari bapa mangsa, Ismail Humaidi Ahmat, 45, selepas menjemput anak kedua daripada tiga beradik itu dari sekolah, di Subang Jaya, jam 3 petang, Isnin lalu. Bagaimanapun katanya, hanya guru besar dan pengetua saja mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman fizikal terhadap murid seperti merotan tapi perlu mengikut peraturan tertentu

“Walaupun mereka mempunyai kuasa berbuat demikian, ia haruslah mengikut kaedah disediakan semasa pelaksanaan hukuman seperti dengan dihadiri saksi, dalam keadaan tertutup dan melalui cara tertentu.

“Selain itu, dalam keadaan sekarang, sentuhan fizikal antara guru dan murid memang tidak dibenarkan sama sekali,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, beliau akan mendapatkan maklumat daripada kedua-dua pihak (guru dan murid terbabit) dan memaklumkan kepada guru besar sekolah itu supaya menyediakan laporan lengkap berhubung kejadian itu.

“Bagaimanapun, jika laporan didapati tidak lengkap, saya akan meminta jemaah nazir sekolah menyediakannya. Perkara berkaitan anak-anak perlu dibincang antara kedua-dua pihak dan diharap ibu bapa tidak perlu bimbang kerana siasatan akan dijalankan secepat mungkin,” katanya.


Mengulas mengenai tindakan yang bakal dikenakan terhadap guru berkenaan, Alimuddin berkata, keputusan hanya akan diketahui selepas siasatan terperinci dilaksanakan jawatan kuasa disiplin. Semalam, Harian Metro menyiarkan dakwaan murid OKU yang didera guru pendidikan Islam di sekolahnya hingga lebam di pipi dan kedua-dua lengannya. Zulhilmi yang menghidap ‘dyslexia’ turut mendakwa guru berkenaan akan mencubitnya apabila dia tidak dapat membaca dan ia berlaku sebelum cuti Tahun Baru Cina dan selepas sekolah dibuka selepas perayaan itu. Dia yang pada mulanya hanya mendiamkan diri apabila ditanya kesan itu akhirnya mengakui kejadian berkenaan dilakukan ustaz di sekolahnya selepas dipujuk berulang kali oleh ibunya, Che Zaini Ahmad, 45.

Bagaimanapun, ketika ditanya guru yang dimaksudkan murid itu sehari selepas kejadian, dia menafikan perkara terbabit dan mendakwa Zulhilmi mungkin terjatuh ketika di rumah.

myMetro: 2 Mac 2010

02 Mac 2010

Kempen Minggu Pencegahan Denggi Peringkat Sekolah SKSA 2010

Nama Program :
KEMPEN MINGGU PENCEGAHAN DEMAM DENGGI
SK SHAH ALAM 2010


Tarikh dan tempat Program :
1 MAC HINGGA 5 MAC
SK SHAH ALAM

Pengurus Program
AB RASHID BIN MD IHSAN – GPK HEM

Nama Bahagian :
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
Unit Kesihatan



AEDES


Hari ni kita berkenalan pula dengan Nyamuk Aedes, dan penyakit yang disebabkan oleh nyamuk aedes, iaitu Demam Denggi. perkataan aedes adalah berasal dari perkataan Greek, iaitu AEDES yang bermaksud “tidak menyenangkan”.

Nyamuk Ades

Virus Denggi

Tujuan pemplet ini diedarkan adalah untuk memberi kesedaran kepada semua guru dan murid SKSA, betapa bahayanya demam denggi ni sehingga boleh membawa maut!

Tanda & Gejala Demam Denggi
• Demam mengejut dengan sakit kepala yang teruk
• Sakit di belakang bebola mata
• Sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias)
• Gatal-gatal
• Bintik-bintik merah terang
• Sakit perut, dan muntah-muntah
• radang hati, paru-paru, dan otot jantung

Bagaimana Demam Denggi Berjangkit
• Nyamuk aedes yang membawa kuman demam denggi
• Seorang yang sihat digigit nyamuk aedes
• Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya
• Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi

Pencegahan
• Menghapuskan vektor nyamuk pembawa denggi
• Menghapuskan tempat takungan air (seperti bekas pasu bunga)
• Penggunaan ubat jentik-jentik
• Gunakan kelambu
• Fogging atau semburan
• Yang paling penting pastikan kawasan kediaman anda sentiasa bersih dan selamat.


PELANCARAN MINGGU KEMPEN PENCEGAHAN DEMAM DENGGI

TELAH DISEMPURNAKAN OLEH :
PN. MAAH BINTI HJ ROSDIN
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN SHAH ALAM
PADA 1 MAC 2010 (ISNIN)











AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG MINGGU KEMPEN PENCEGAHAN DENGGI




1.3.2010
ISNIN
Majlis Pelancaran Kempen Minggu Pencegahan Demam Denggi
Perhimpunan Rasmi di Dataran Bestari
7.40 – 8.00pagi

Semua Guru
dan Murid

- Menjawab Soalan-soalan berpandukan
Petikan yang diberi
- Semua Murid diberi petikan dan jawab
- Petikan perlu ditampal dan dijawab di buku B.Melayu

Di Kelas Masing-masing
Masa 30 minit selepas rehat mengikut tahap 1 dan 2
Guru kelas dan guru mata pelajaran bersama murid

2.3.2010
SELASA
5 minit bersama AEDES
- Penerangan dan kuiz tentang AEDES


3.3.2010
RABU
5 minit bersama AEDES
- Penerangan dan kuiz tentang AEDES


4.3.2010
KHAMIS
5 minit bersama AEDES
- Penerangan dan kuiz tentang AEDES


5.3.2010
JUMAAT
5 minit bersama AEDES
- Penerangan dan kuiz tentang AEDES

- Pertandingan Mewarna Tahap 1
- Melukis Poster Tahap 2

Di Kelas Masing-masing
Masa 1 jam selepas rehat mengikut tahap 1 dan 2
Guru kelas dan guru mata pelajaran bersama murid



JADILAH GURU SEBENAR
KE SEKOLAH TIDAK JEMU
Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif; hitam atau putih; buruk atau baik; cemerlang atau kecundang; begitu juga sikap dan perlakuan kita sebagai guru-guru yang bukan sahaja profesional sifatnya malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa.
dUnia kUriKuLuM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute