mAsA iTu eMaS
Surah Al-Asr pun menyatakan demi masa. Kenapa ye? pengagihan masa amat penting tetapi jarang dilakukan. semua nak on the spot. Bila ditanya 5 tahun lagi apa awak akan buat? jawapan nya entahlah, tengoklah. Adakah kita memang diajar berserah atau tak boleh merancang??? Mengelak dari melaksanakan tugas kerana tak ada "masa"? Ini bukan jawapan nya. Jawapannya orang itu tak tahu mengurus masa.
INFO TERKINI

24 April 2011

MODUL CELIK MS ISO 9001 : 2008

LAPAN PRINSIP
SISTEM PENGURUSAN KUALITI

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9001:2000 DALAM
PERKHIDMATAN AWAM.
SURAT PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM
BILANGAN 2 TAHUN 2002 TELAH DIKELUARKAN SECARA RASMI PADA
15 DISEMBER 2000 BAGI MENGGANTIKAN STANDARD ISO 9000:1994.

PRINSIP PERTAMA
BERMATLAMATKAN PELANGGAN
Organisasi bergantung kepada pelanggan mereka. Oleh itu organisasi hendaklah memahami keperluan pelanggan yang sedia ada dan pada masa akan datang, memenuhi keperluan pelanggan dan berusaha untuk melebihi jangkaan pelanggan.

PRINSIP KEDUA
KEPIMPINAN
Pengurusan yang bertindak sebagai ketua mewujudkan penyatuan antara tujuan dan matlamat sesuatu organisasi. Mereka hendaklah mewujudkan dan mengekalkan persekitaran dalaman yang sesuai untuk pekerja supaya mereka dapat terlibat sepenuhnya dalam mencapai objektif – objektif organisasi.

PRINSIP KETIGA
PENGLIBATAN PEKERJA
Pekerja di semua peringkat adalah merupakan tunggak sesebuah organisasi dan penglibatan mereka sepenuhnya membolehkan keupayaan mereka digunakan untuk faedah – faedah organisasi

PRINSIP KEEMPAT
PENDEKATAN PROSES
Hasil yang dikehendaki dapat diperolehi dengan lebih efisien apabila sumber – sumber dan aktiviti yang berkaitan diurus sebagai suatu proses.

PRINSIP KELIMA
PENDEKATAN SISTEM
Mengenalpasti, memahami dan menguruskan sesuatu sistem bagi keseluruhan proses yang ada hubung kait antara satu sama lain bagi mencapai sesuatu objektif. Pendekatan ini dapat menambahkan kecekapan dan keberkesanan sesebuah organisasi.

PRINSIP KEENAM
PENINGKATAN BERTERUSAN
Peningkatan berterusan hendaklah dijadikan sebagai objektif tetap sesuatu organisasi.
Kehendak dan keperluan pelanggan dikenalpasti dan dikaji bagi menyediakan peluang penambahbaikan berterusan.

PRINSIP KETUJUH
PENDEKATAN BERFAKTA DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN
Keputusan yang efektif dibuat berdasarkan analisis sesuatu data / maklumat yang
diperolehi. Semua perubahan perlu dirancang menggunakan input/fakta yang tepat bagi memastikan ia berkesan dan mengeluarkan output yang tinggi.

PRINSIP KELAPAN
HUBUNGAN YANG SALING BERMANAFAAT DENGAN PEMBEKAL
Sesuatu organisasi dan pembekal -pembekalnya adalah saling bergantung antara satu
sama lain dan hubungan yang saling bermanafaat dapat mempertingkatkan keupayaan
yang menguntungkan kedua-dua pihak.

21 April 2011

Pengurusan Sistem Fail Dunia HEM 2011


Dunia HEM SKSA sedang mengemaskini Pengurusan Sistem Fail.



Persediaan untuk Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti 2011 dan cuba wujudkan program keseragaman Sistem Fail PPD Perdana untuk cuba selaraskan Sistem Fail HEM Petaling Perdana - masih dalam peringkat awal / percubaan



14/04/03/01 PENGURUSAN DUNIA HEM
14/04/03/02 DATA DAN DOKUMEN MURID (SMM )
14/04/03/03 DISIPLIN
14/04/03/04 PENGAWAS
14/04/03/05 BIMBINGAN DAN KAUNSELING
14/04/03/06 KEMASUKAN MURID TAHUN 1 DAN TINGKATAN 1
14/04/03/07 KEDATANGAN MURID
14/04/03/08 PERTUKARAN MURID
14/04/03/09 KEBAJIKAN DAN INSURAN MURID
14/04/03/10 SKIM BANTUAN TUISYEN (SBT)
14/04/03/11 KWAPM
14/04/03/12 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
14/04/03/13 RMT DAN PSS
14/04/03/14 3K – KESELAMATAN, KESIHATAN , KEBERSIHAN
14/04/03/15 KANTIN SEKOLAH
14/04/03/16 STOK DAN INVENTORI
14/04/03/17 DOKUMENTASI DUNIA HEM

08 April 2011

Tahniah dan Syabas PN. SANIAH BINTI ISMAIL - Setiausaha HEM SKSA

Sekolah Kebangsaan Shah Alam akan kehilangan seorang guru, beliau yang dimaksudkan ialah Pn Saniah Binti Ismail. Alhamdulllah berkat usaha dan pengalaman beliau sebagai seorang guru lebih 20 tahun telah dinaikkan pangkat sebagai GPK Hal Ehwal Murid di SK Seksyen 20, Shah Alam mulai 1 APRIL 2011 ini. Lebih terharu lagi ialah beliau setiausaha HEM yang telah banyak memberi sumbangan tenaga, usaha dan wang ringgit bagi membangun perngurusan Hal Ehwal Murid di SKSA. Semoga penempatan beliau sebagai GPK HEM ini dapat menyunting semangat baru untuk terus menabur bakti kepada anak bangsa.


Setiausaha HEM
Pn. Saniah Binti Ismail

JADILAH GURU SEBENAR
KE SEKOLAH TIDAK JEMU
Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif; hitam atau putih; buruk atau baik; cemerlang atau kecundang; begitu juga sikap dan perlakuan kita sebagai guru-guru yang bukan sahaja profesional sifatnya malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa.
dUnia kUriKuLuM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute