mAsA iTu eMaS
Surah Al-Asr pun menyatakan demi masa. Kenapa ye? pengagihan masa amat penting tetapi jarang dilakukan. semua nak on the spot. Bila ditanya 5 tahun lagi apa awak akan buat? jawapan nya entahlah, tengoklah. Adakah kita memang diajar berserah atau tak boleh merancang??? Mengelak dari melaksanakan tugas kerana tak ada "masa"? Ini bukan jawapan nya. Jawapannya orang itu tak tahu mengurus masa.
INFO TERKINI

17 Disember 2010

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Datuk Abdul Ghafar Mahmud

Pengarah Institut Aminuddin Baki Datuk Abdul Ghafar Mahmud dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baru bagi menggantikan Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang bersara wajib.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelantikan itu adalah selaras dengan peruntukan 144(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan beliau (Abdul Ghafar) sebagai Ketua Pengarah Pelajaran
Gred Utama Turus III,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata pelantikan itu dibuat berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki Abdul Ghafar dalam bidang pendidikan, pengetahuan selain kompetensinya.

“Saya percaya pengalaman, pengetahuan serta komitmen beliau akan membolehkannya melaksanakan tugas seperti mana yang diperuntukkan oleh Akta Pendidikan 1996,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin turut merakamkan penghargaan kerajaan terhadap sumbangan Alimuddin sepanjang 34 tahun berkhidmat dalam bidang pendidikan.

Abdul Ghafar, 56, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari University of East Anglia, Norwich, United Kingdom dan Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya.

Beliau memulakan perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran pada 1 Mei 1977.

Sepanjang perkhidmatannya dalam bidang pendidikan, Abdul Ghafar telah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Atase Pendidikan di Jabatan Penuntut Malaysia, Washington, Amerika Syarikat (1989), Pengarah Bahagian Sukan Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran (2007) dan Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran pada 2008.

11 Disember 2010

Hari Orientasi Murid Prasekolah dan Tahun Satu 2011

Proton Baru - Versi Pahlawan










06 Disember 2010

Maal Hijrah 1432

Salam Hijrah...

moga kita tekadkan iltizam
untuk membawa perubahan dari sesuatu yg buruk kepada baik ,
dari yg baik kepada yang lebih baik lagi agar kehidupan kita ,
keluarga kita,
sahabat kita ,
bangsa kita , agama kita
dan negara kita terus terpelihara dan
dibawah rahmat ALLAH SWT..amin

DOA AWAL TAHUN

(dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah
telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.)

Ertinya: Dengan Nama Allah YangImbang Penuh Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan sekelian alam. Rahmat dan sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekelian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahan-Mu sangat-sangat diharapkan.
Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekelian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (Nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

Hari Orientasi Murid Prasekolah dan Tahun Satu 2011

04 Disember 2010

Takwim Persekolahan 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia

Kumpulan B

Penggal Cuti dan Hari Persekolahan
I Hari Persekolahan 03.01.2011 - 31.01.2011
Hari Persekolahan 01.02.2011 - 28.02.2011
Hari Persekolahan 01.03.2011 - 11.03.2011

Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2011 - 20.03.2011


Hari Persekolahan 21.03.2011 - 31.03.2011

Hari Persekolahan 01.04.2011 - 30.04.2011
Hari Persekolahan 01.05.2011 - 27.05.2011

Cuti Pertengahan Tahun 28.05.2011 - 12.06.2011


II Hari Persekolahan 13.06.2011 - 30.06.2011
Hari Persekolahan 01.07.2011 - 31.07.2011
Hari Persekolahan 01.08.2011 - 26.08.2011

Cuti Pertengahan Penggal ke II 27.08.2011 - 04.09.2011


Hari Persekolahan 05.09.2011 - 30.09.2011

Hari Persekolahan 01.10.2011 - 31.10.2011
Hari Persekolahan 01.11.2011 - 18.11.2011

Cuti Akhir Tahun 19.11.2011 - 01.01.2012
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78
JADILAH GURU SEBENAR
KE SEKOLAH TIDAK JEMU
Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif; hitam atau putih; buruk atau baik; cemerlang atau kecundang; begitu juga sikap dan perlakuan kita sebagai guru-guru yang bukan sahaja profesional sifatnya malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa.
dUnia kUriKuLuM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute