mAsA iTu eMaS
Surah Al-Asr pun menyatakan demi masa. Kenapa ye? pengagihan masa amat penting tetapi jarang dilakukan. semua nak on the spot. Bila ditanya 5 tahun lagi apa awak akan buat? jawapan nya entahlah, tengoklah. Adakah kita memang diajar berserah atau tak boleh merancang??? Mengelak dari melaksanakan tugas kerana tak ada "masa"? Ini bukan jawapan nya. Jawapannya orang itu tak tahu mengurus masa.
INFO TERKINI

31 Januari 2010

Murid Minat Cikgu Minat

Posted by mantan

Budak-budak tu memang tak minat belajar. Itu rungutan cikgu yang kadang-kadang dapat kita dengar.
Kalau dah tak minat belajar, macam mana nak diajar? Siapa yang patut menarik minat murid supaya belajar. Siapa lagi kalau bukan cikgu? Kalau bukan kepada murid, kepada siapa lagi yang hendak cikgu sampaikan pengajaran?
Cikgu kena cari jalan, kena ada cara supaya murid berminat subjek yang cikgu ajar. Memang kena cari cara nak pupuk minat budak-budak tu.
Kalau tidak, siksalah cikgu. Nak mengajar bukan setahun dua, berpuluh-puluh tahun.

1.Kaitkan Dengan Murid:

Kalau budak-budak tanya, “Kenapa saya belajar perkara ni cikgu?”. Dan cikgu pun jawab, “kerana saya suruh awak belajar, awak kena belajarlah!”. Jawapan macam tu akan mengikis kewibawaan cikgu!. Pentingnya subjek yang cikgu ajar tu kena kaitkan dengan kehidupan budak-budak tu. Biar mereka tahu apa gunanya untuk kehidupan mereka. Mengajar Matematik, Sejarah, Geografi dan lain-lain kena kaitkan apa yang diajar tu dengan gunanya dalam kehidupan mereka tu.

2.Kaitkan Dengan Cikgu:

Cikgu kena pandai bercerita. Kaitkan subjek dengan cerita atau kehidupan cikgu sendiri. Budak-budak suka dengar cerita. Memang cikgu kena kreatif. Macam mana nak masukkan cerita dalam subjek matematik? Memang kena kreatif.
(Saya dulu mengajar, Kesusasteraan, BM, Pendidikan Seni, Sejarah, Geografi dll, taklah susah nak bercerita!)

3. Kecindan Cikgu:

Cikgu pun kena ada unsur kecindan (ceria, seronok, kelakar) juga. Tapi kena pandai gunakannya berpada-pada. Jangan pula sampai jadi badut. Nanti hilang fokus. Taklah cikgu rasa stress atau letih melayan budak-budak tu. Kalau cikgu seronok, tahap minat akan meningkat bersama-sama dengan minat budak-budak tu juga. Kan bagus, bila selesai belajar setiap hari, cikgu pulang ke rumah pun dengan rasa ceria.

4. Senyumlah, Cikgu.:

Kita boleh tersenyum bila kita rasa seronok. Kadang-kadang ketika mengajar, saya pun serius juga. Tapi saya akan senyum semula bila ada pelajar saya bertanya kalau-kalau mereka telah membuat saya marah atau ada perbuatan mereka yang saya tak suka. Budak-budak juga boleh menduga perasaan kita.

5. Ketawalah, Cikgu:

Cikgu pernah ketawa dalam kelas?. Saya akan ketawa kalau saya rasa saya patut ketawa. Bukan ketawa seorang diri. Ketawa bersama-sama pelajar saya. Kadang-kadang cikgu tension dan budak-budak juga tension. Untuk baiki keadaan, apa salahnya sesekali ketawa bersama pelajar. Ini pun kena kreatif juga. Buka tiba-tiba ketawa tak tentu pasal!

Benda-benda macam ni nampak macam remeh-temeh saja. Tak diajar pun masa ikuti kursus perguruan dulu. Tapi saya rasa, sekurang-kurangnya boleh bantu tarik minak budak-budak tu. Dan kadang-kadang, boleh timbulkan minat cikgu juga. Timbul rasa seronok. Semakin cikgu rasa ceria masa mengajar, semakin minatlah budak-budak tu. Dan bila pulang ke rumah, cikgu akan rasa seronok mengingat kembali apa yang telah berjaya cikgu capai di sekolah tadi.


Selamat mengajar, cikgu!


26 Januari 2010

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan


Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan
Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber, dan Ketua Kelas

1. Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Ketua Kelas telah disampaikan oleh Chief Inspektor Khairoul Najmy Bin Jaafar, Ketua Balai Polis Seksyen 15, Shah Alam pada 25/1/2010 (Isnin) bertempat di Dewan Anggerik SK Shah Alam. Bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir jam 9.10 pagi. Majlis tersebut telah dihadiri oleh semua murid dan guru SKSA. Diiringi Tuan Guru Besar Pn. Maah Binti Hj Rosdin, penyerahan watikah perlantikan telah disempurnakan dengan jayanya.

2. Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Aliff Danial Bin Abd Rashid yang telah dilantik sebagai Ketua Murid dan adik Nurul Aini Binti Mohd Hairani sebagai Penolong Ketua Murid sekolah sesi 2010 Syabas dan Tahniah kepada murid yang dilantik, semoga dapat menjalankan tugas dengan baik, sempurna dan penuh bertanggungjawab. Berikut dipaparkan gambar sekitar majlis tersebut.






25 Januari 2010

Kerajaan tidak bincang hapuskan COLA

KOTA BHARU 24 Jan. - Kerajaan tidak pernah berbincang sama sekali mengenai cadangan untuk menghapuskan elaun yang dinikmati kakitangan awam pada masa kini seperti elaun sara hidup kakitangan awam (COLA) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA).

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin (gambar) berkata, khabar angin yang mengatakan elaun tersebut akan dipotong sengaja dicipta oleh pihak tertentu semata-mata untuk mengalih perhatian daripada masalah sebenar yang dihadapi parti pembangkang sekarang.

Beliau berkata, ia disebabkan pembangkang cuba mencari isu untuk menghimpit dan menekan kerajaan kerana rakyat berada dalam keadaan yang agak susah disebabkan kemelesetan ekonomi dunia.

"Saya tengok isu COLA sebenarnya satu isu yang tidak ada tetapi diada-adakan disebabkan pembangkang nampak isu-isu yang ada sekarang hanya menekan mereka, jadi mereka cari isu untuk menampakkan kerajaan tidak prihatin keadaan rakyat yang berada dalam keadaan susah akibat kemelesetan ekonomi.

"Kerajaan tidak pernah bincang langsung pasal tarik balik COLA atau ITKA, kalau bincang pasal subsidi adalah, itu pun perkara biasa tetapi COLA tidak ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Cawangan Perbankan Islam Bank Simpanan Nasional (BSN) di Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar / Ketua Eksekutif BSN, Datuk Adinan Maning.

Ia merupakan cawangan pertama BSN di negara ini yang memberikan perkhidmatan khusus dalam sistem perbankan Islam.

Pada majlis tersebut seramai 10 pelajar dari Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim dan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa menerima sumbangan dari BSN.

Awang Adek berkata, beliau berharap rakyat tidak akan terpengaruh dengan khabar angin mengenai penghapusan COLA yang disebarkan pihak tertentu untuk mencari modal politik murahan.

utusan malaysia
25/1/2010

23 Januari 2010

Road Run SKSA 2010

Hari ini telah berlangsungnya Road Run Sekolah kami yang berlangsung sungguh meriah dan kelihatan murid-murid dan guru-guru SKSA bersemangat sekali.

















22 Januari 2010

e-Aduan ke MBSA Oleh HEM SK Shah Alam

Pihak sekolah SK Shah Alam bertindak melalui pengurusan HEM bagi menyelesaikan / mengatasi beberapa masalah yang berkaitan yang diluar bidang kuasa pihak sekolah terutama peniaga-peniaga tanpa lesen yang berada di luar kawasan / pagar sekolah. Dengan adanya e-Aduan yang diperkenalkan oleh MBSA dapat memberi jalan penyelesaian atau sekurang-kurangnya tanggungjawab pihak sekolah menyelesaikan masalah penjaja / peniaga diluar kawasan sekolah telah dilaksanakan mengikut peraturan/prosedur yang dibenarkan. Sememangnya pihak sekolah tiada kuasa untuk menghalau atau memberhentikan operasi peniaga ini, namun ada alternatif untuk mengadu. Terima kasih MBSA menyediakan talian e-Aduan dan pihak berkuasalah yang dapat menentukan nasib peniaga-peniaga yang ada diluar kawasan sekolah SK Shah Alam


Bukti yang menunjukkan
tindakan pihak sekolah membuat aduan
melalui e-Aduan MBSA

21 Januari 2010

Program Maju Diri (PMD) 2010


Dibawah Pengurusan HEM SK Shah Alam telah menjalankan
satu program di bawah unit Bimbingan dan Kaunseling
pada 19 hingga 21 Januari 2010


PENGENALAN

Program Maju Diri (PMD) ini merupakan program tahunan yang perlu dijalankan pada setiap awal tahun yang dikhususkan pada semua murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) di negeri Selangor. Program ini dirancang khusus untuk mewujudkan hubungan dan kerjasama antara murid serta meningkatkan pengetahuan kemahiran belajar dan pengurusan diri di kalangan murid-murid Tahap Dua.


MATLAMAT

Program ini dijalankan atas matlamat berikut:
1. Melahirkan murid yang berwatak mulia, berketrampilan positif dan pandai bersosial.
2. Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan murid-murid.
3. Mewujudkan insan yang seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani, intelek
dan sosial.


OBJEKTIF


1. Dapat meningkatkan minat untuk belajar.
2. Dapat memupuk semangat keyakinan dalam diri.
3. Dapat mencungkil bakat dan potensi dalam diri murid.
4. Dapat menentukan dan memanfaatkan masa yang terluang dengan melakukan kerja yang berfaedah.
5. Dapat menanamkan semangat nasionalisme dalam diri.
6. Dapat memupuk rasa tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan tanah air.
7. Dapat menanamkan rasa insaf dan kenal diri agar berjaya menjadi tauladan kepada masyarakat.











19 Januari 2010

Guru bukan sekadar mendidik


KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada surat dalam ruangan Forum, Utusan Malaysia 3 Disember 2009 bertajuk Fokus pada mengajar murid-murid, bukan buat kerja pentadbiran: Erti sebenar guru cemerlang.
Kenyataan ‘Guru-guru baru hendaklah bersedia menerima sebarang tanggungjawab yang diberikan oleh pengetua atau guru besar mereka’, adalah ucapan saya semasa perasmian konvensyen guru baru, IPGM yang berjumlah lebih daripada 500 orang di Putrajaya baru-baru ini.
Pada umumnya, profesion perguruan memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pendidik. Ini bagi memastikan generasi pewaris negara iaitu anak didik diberikan pendidikan yang tidak berbelah bagi.
Kenyataan Akmal Fairuz dalam Forum, Utusan Malaysia pada 3 Disember 2009 tentang tugas profesional guru dan tugas pentadbiran masih boleh dipersoalkan. Sebenarnya tugas seperti menulis buku rekod mengajar, memeriksa buku latihan murid dan surat makluman kepada ibu bapa atau penjaga adalah sebahagian daripada tugas profesional guru.
Semua guru bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan prihatin terhadap kemajuan dan kelemahan setiap anak didik mereka. Makluman ini bukan sahaja untuk pengetahuan guru bahkan untuk disampaikan kepada ibu bapa atau penjaga.
Oleh itu, tugas yang dikatakan tugas perkeranian itu sebenarnya adalah sebahagian daripada tugas guru untuk mendidik setiap individu murid bagi mencapai objektif pendidikan.
Dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik, pengajaran dan pembelajaran (P&P) tidak hanya berlaku dalam bilik darjah. Malah guru perlu mempunyai kreativiti dan inisiatif untuk melaksanakan P&P melalui aktiviti di luar bilik darjah.
Seorang guru perlu berusaha untuk membentuk kemahiran berfikir kritis dan kreatif murid-murid belajar melalui pengalaman secara terus (kontektualisme dan konstruktivisme) seperti gerak kerja luar bilik darjah, lawatan sambil belajar dan aktiviti kemasyarakatan yang bersesuaian dengan keperluan murid.
Usaha ini melibatkan pembentukan nilai-nilai murni, sahsiah, peribadi mulia serta kemahiran insaniah melalui aktiviti pasukan beruniform, kelab, sukan dan permainan serta lain-lain aktiviti luar darjah.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhasrat untuk memperkasakan sukan dan permainan di sekolah bagi tujuan melahirkan atlet muda. Hal ini sudah tentulah memerlukan komitmen para guru sebagai orang di barisan hadapan untuk melatih dan mengenal pasti bakat murid-murid.
Oleh itu, latihan sebegini merupakan juga tugas profesional seorang guru. Ini juga selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani.
Seorang pentadbir sekolah perlu dilantik dalam kalangan profesional (guru) kerana berasaskan kepada pengetahuan dan pengalaman, pengetua atau guru besar berupaya untuk memastikan semua dasar yang berkaitan dengan pembangunan kemanusiaan dapat dilaksanakan selain daripada urusan pentadbiran yang biasa.
Guru mempunyai kelebihan daripada aspek pengetahuan ilmu psikologi kanak-kanak atau remaja dan kepakaran dalam pedagogi.
Maka semua guru sebagai seorang profesional perlu merebut peluang menimba pengalaman dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sebagai langkah menyediakan diri untuk menjadi seorang pengurus dan pentadbiran profesional kelak.
Berkaitan dengan pandangan Akmal Fairuz bahawa guru hanya memberi tumpuan kepada P&P di bilik darjah sahaja tidak begitu tepat. Pengurusan pendidikan dilaksanakan oleh orang profesional. Ini disebabkan mereka lebih arif dan berpengalaman mengenai perkara yang melibatkan pendidikan dan melahirkan modal insan.
Tidak salah guru berpengalaman dilantik sebagai pentadbir seperti menjadi Pengetua atau Guru Besar, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) hinggalah ke peringkat kementerian. Ini juga menjadi amalan di kebanyakan negara maju.
Adalah menjadi harapan saya, semua guru melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan amanah bagi memartabatkan profesion perguruan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan yang diberikan kepada rakyat, selaras dengan gagasan ‘1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

TAN SRI ALIMUDDIN MOHD. DOM

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

15 Januari 2010

Bidang dan Senarai Tugas Guru Kelas

GURU BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN


Senarai Tugas

1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit selepas sekolah berakhir.

2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sampah telah dibuang / tingkap telah ditutupsetelah tamat persekolahan.

3. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti pada waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, di sekitar sekolah dan mengambil tindakan segera dan munasabah jika perlu.


4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, dapur RMT, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.


5. Mengurus rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital / ke rumah.

6. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang memohon.

7. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru atau mata pelajaran.

8. Mengurus hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.

9. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawaasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.

10. Mencatat kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di sekolah.

11. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari /minggu persekolahan ke Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah:

11.1 kedatangan murid, guru dan staf sokongan
11.2 murid ponteng, tidak hadir atau sakit
11.3 lawatan-lawatan / pelawat
11.4 ucapan / pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan
11.5 laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan

12. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.

13. Perhimpunan

13.1 Memastikan semua guru menghadiri perhimpunan
13.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan
13.3 Memastikan murid telah beratur dengan kemas

GURU KELAS

Senarai Tugas

1. Pengurusan dan Organisasi Kelas

1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Ketua Keceriaan dan Kebersihan dsb.
1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas :

(a) Jadual Waktu
(b) Jadual Bertugas
(c) Motto Kelas
(d) Perabot kelas seperti kerusi-meja guru dan murid mencukupi
(e) Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan penceduk sampah
(f) Papan tulis, kapur, papan kenyataan, almari dll keperluan bilik darjah mencukupi dan dalam keadaan baik dan teratur.

1.3 Melaporkan perabot dan peralatan yang rosak kepada guru berkenaan.
1.4 Membimbing organisasi kelas/ murid yang dilantik menjalankan tugas.
1.5 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara murid.
Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:
(a) Kebajikan murid
(b) Keceriaan kelas jika perlu dll

2. Jadual Kedatangan dan Kedatangan Murid

2.1 Menandakan Jadual Kedatangan Harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan Buku Daftar Kedatangan Murid di pejabat.
2.2 Menentukan semua butir yang dikehendaki di dalam Buku Daftar Kedatangan Murid Ditulis dengan lengkap.
2.3 Memastikan data terkini murid di dalam kelas.

3. Laporan / Rekod Profil / Kemajuan Murid, Sijil Berhenti, Surat Akuan, Buku Rekod Kesihatan, Rekod Pergigian dan Kad 001R

3.1 Memastikan setiap murid mempunyai
(a) Rekod Profil / Kemajuan Murid
(b) Kad 001R
(c) Kad Kesi hatan
(d) Kad Pergigian
(e) Buku Nilam

4. Kutipan Yuran dan Derma

4.1 Mengutip yuran sekolah pada awal tahun persekolahan dan menggalakkan murid membayar kesemua yuran sekali gus.
4.2 Mengutip derma PIBG.
4.3 Mengutip yuran peperiksaan bagi kelas peperiksaan .
4.4 Mengeluarkan resit rasmi kepada murid bagi pembayaran yang dibuat.
4.5 Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan,Insuran Takaful dan lain-lain derma kepada Guru Penolong Kanan (Pentadbiran).
4.6 Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG.

5. Buku Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

5.1 Mengagihkan Borang SPBT 1 bagi mengenalpasti murid mendapat Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
5.2 Memastikan SPBT diagih kepada murid yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan dijaga dengan baik serta ditulis nama murid.
5.3 Mengemaskini Borang G semasa pengagihan dan pengembalian atau mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa.
5.4 Memungut kembali SPBT pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama murid yang tidak mengembalikan / memulangkan atau merosak dan menghilangkan SPBT pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada Guru SPBT
5.5 Mengenalpasti murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan Melaporkan kepada Guru Kebajikan.

6. Pendaftaran Murid Baru

6.1 Menerima kemasukan murid baru.
6.2 Mendaftarkan murid baru ke dalam Buku Kedatangan Murid dan mendapatkan Nombor Pendaftaran Murid dari Buku Kemasukan Murid daripada Penolong Kanan HEM
6.3 Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.
6.4 Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan memastikan murid ini dapa buku teks.
6.5 Menentukan penerimaan Kad Kemajuan / Buku Rekod Profil, Kad 001R, Kad
Kesihatan, Kad Pergigian dan lain-lain dokumen yang diperlukan dari sekolah yang terdahulu.
6.6 Menentukan rumah sukan.

7. Murid Keluar

7.1 Menentukan Kad Kemajuan / Rekod Profil, Kad 001R telah kemaskini dan diserahkan kepada murid.
7.2 Menentukan Kad Kesihatan, Kad Pergigian dan lain-lain dokumen yang berkaitan diserahkan kepada murid.
7.3 Menentukan buku teks (SPBT) telah dipulangkan.
7.4 Menentukan semua jenis bayaran seperti yuran sekolah dsb telah selesai dibayar.

14 Januari 2010

Aktiviti Sepanjang Bulan Januari 2010

PENGURUSAN HEM
AKTIVITI AKAN DATANG SEPANJANG BULAN JANUARI 2010

Pelbagai program / aktiviti telah dirancang oleh Pengurusan HEM dibawah unit Displin dan Pangawas.
Antaranya ialah :

1). 19.1.2010 hingga 21.1.2010 (Selasa hingga Khamis) -
PROGRAM MAJU DIRI

2). 25.1.2010 (Isnin)
WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN KETUA KELAS

3). 26.1.2010 hingga 29.1.2010 (Selasa hingga Jumaat)
ORIENTASI PENGAWAS SEKOLAH


PROGRAM - PROGRAM


PROGRAM MAJU DIRI
19.1.2010 hingga 21.1.2010 (Selasa hingga Khamis)


WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN KETUA KELAS
25.1.2010 (Isnin)

09 Januari 2010

BUDAYA KERJA UNIT HEM



MUKADIMAH

Ahli jawatankuasa HEM bertanggungjawab kepada guru besar untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Ahli Jawatankuasa HEM bertanggungjawab mempertingkatkan disiplin, kebajikan murid dan penerapan nilai-nilai murni.


1. Memahami dan menghayati
1.1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1.2. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
1.3. Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah
2. Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah, Jabatan dan Kementerian Pelajaran setiap masa
3. Mementingkan mutu dan kesan pendidikan
4. Menentukan objektif ( setiap masa )
5. Mengamalkan kerja secara bermasyarakat dan berpasukan
6. Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah
7. Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil
8. Mengamalkan perkhidmatan penyayang
9. Kepimpinan melalui teladan
10. Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri
11. Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran
12. Kerja adalah ibadah

07 Januari 2010

PERUTUSAN AWAL TAHUN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2010 oleh KPPM


PERUTUSAN AWAL TAHUN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2010 oleh KPPM


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua warga pendidik serta murid-murid sekolah.

Guru-guru serta Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Izinkan saya mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan memulakan lembaran baru pada sesi persekolahan 2010. Kepada guru-guru, sambutlah anak-anak didik kita ini ke alam sesi persekolahan yang baru dengan minda yang terbuka dan dengan penuh iltizam untuk membentuk mereka menjadi insan yang cemerlang seperti yang diharapkan oleh ibu bapa mereka dan negara.

Kepada murid-murid sekalian, ingatlah, sebagai generasi pewaris negara usaha murni menuntut ilmu dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti baik di dalam bilik darjah mahupun gerak kerja di luar bilik darjah adalah satu usaha membentuk personaliti, ketrampilan diri dan jati diri sebagai anak Malaysia. Ibu bapa, guru, masyarakat bahkan negara akan sama-sama berasa bangga apabila murid-murid berjaya dalam pelbagai bidang yang dipelajari di sekolah.

Saya menyeru kepada semua murid rebutlah peluang dan segala kemudahan yang disediakan di sekolah untuk menyiapkan diri sebagai orang yang berilmu, beramal dan menyumbang kepada kemajuan diri, masyarakat dan negara. Modal insan yang cemerlang tidak dapat dilahirkan dalam sekelip mata, bahkan ianya adalah usaha yang berterusan yang perlu dipupuk, dibimbing dan diasah bakat seperti kata pepatah, melentur buluh hendaklah dari rebungnya. Pepatah juga mengatakan, “Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat”. Maka sebagai murid, anda semua yang seharusnya berusaha untuk menjadi orang yang berpelajaran kerana pencapaian dalam masa persekolahan merupakan kenangan yang paling manis untuk diimbau kelak.

Para guru dan murid-murid sekalian,

Yang muda dikasihi, yang tua dihormati adalah satu perpatah yang perlu dipegang oleh semua guru dan murid-murid. Guru selaku suri teladan perlulah menunjukkan kasih kepada anak-anak murid mereka. Guru sabagai satu personalia seharusnya dapat menggunakan kebijaksanaan untuk menyentuh jiwa dan perasaan semua murid semasa berkomunikasi dua hala supaya ianya ibarat kata-kata yang terpahat di batu, kekal dalam ingatan, dan tidak hanya menjadi tulisan di atas pasir, yang hilang apabila di tiup angin.

Dalam alaf nano teknologi ini, semua pendidik perlu menyiapkan diri untuk mengemaskinikan semua fakta dan ilmu yang hendak disampaikan dalam mata pelajaran masing-masing. Gunakanlah kemudahan teknologi komunikasi maklumat untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan satu peristiwa yang sangat menyeronokkan kepada semua murid, bahkan para guru juga turut memperoleh pengalaman dan pengetahuan semasa berinteraksi dengan murid-murid.

Sebagai pendidik, semua guru harus menjiwai profesion ini kerana ianya merupakan satu profesion amat mencabar. Kalau seorang tukang jahit salah menjahit baju, hanya sehelai baju yang rosak tetapi jika seorang pendidik salah memberi didikan, kesannya adalah kepada satu generasi pewaris negara. seperti yang diungkapkan oleh Allahyarham Dato' Usman bin Awang (1979), "Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang kaki, Berguru kepalang ajar Ibarat bunga kembang tak jadi”

Saya ingin menyeru kepada guru untuk memberi dedikasi, komitmen, dan keprihatinan yang tinggi kepada semua anak-anak didik. Guru selaku orang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dapat mengenal pasti potensi dan bakat yang ada dalam setiap anak murid. Maka guru perlu menggembleng tenaga dan kepakaran untuk menggunakan maklumat ini bagi menggilap bakat dan memperkukuhkan potensi diri murid-murid untuk berjaya dalam semua bidang yang diceburi serta mengimbangi perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi.

Para guru dan murid sekalian,

Dalam memastikan kualiti pendidikan dan perkhidmatan yang disampaikan kepada murid-murid, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan empat perkara sebagai fokus utama dalam bidang keberhasilan utama; iaitu Perluasan Prasekolah, Literasi dan Numerasi (Linus), Sekolah Berprestasi Tinggi, dan New deals for principals. Maka semua warga pendidik perlu menyambut perubahan yang sedang berlaku ini dengan tangan terbuka dan minda yang positif (positive mind-set) bagi memastikan semua yang di rencana dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan membuahkan hasil yang menunjukkan peningkatan dalam kualiti pendidikan di negara ini. Guru sebagai sumber ilmu perlu memantapkan diri melalui pendidikan berterusan. Penyertaan guru dalam pelbagai wacana dan forum serta kegiatan di pusat-pusat kegiatan guru adalah satu usaha yang berterusan dan perlu difokuskan untuk menambah ilmu serta pengetahuan kerana guru bukan saja sebagai penyampai ilmu bahkan orang yang bertanggungjawab untuk membentuk kaedah pemikiran positif dalam kalangan anak-anak murid. Pepatah ”jangan diberi ikan, tetapi ajarlah memancing ikan” adalah satu pepatah yang sangat hampir dengan profesion perguruan.

Para guru dan murid-murid yang saya kasihi,

YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran menyarankan sukan perlu diperkasakan. Maka bagi mencapai hasrat tersebut para guru dan murid-murid seharusnya bergiat aktif dalam pelbagai bidang sukan mahupun aktiviti kokurikulum sebagai usaha membudayakan gaya hidup sihat dan juga kecemerlangan sukan untuk negara.

Kepada murid-murid yang baru sahaja berjaya dalam peperiksaan UPSR dan PMR, saya mengucapkan tahniah dan teruskan perjuangan anda dalam usaha mencari ilmu dan pengalaman. Bagi murid-murid yang baru memasuki Tahun 1, jangan risau dan bimbang kerana seperti kakak dan abang-abang anda, sudah pasti pengalaman persekolahan akan menjadi satu yang menyeronokkan kerana anda akan memperoleh ramai kawan-kawan baru serta mendapat ilmu pengetahuan yang amat berguna sebagai persiapan menghadapi hari muka.

Harapan saya, kepada semua guru dan murid, marilah kita bersama-sama berusaha untuk memajukan diri, masyarakat dan negara dalam semangat gagasan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan Dan Pencapaian Diutamakan”.




Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
4 Januari 2010, bersamaan 18 Muharam 1431


04 Januari 2010

Hari Pertama Persekolahan 2010


Hari yang indah ini.. saya mulakan dengan rasa syukur kerana masih bertugas di sini...tempat yang telah menjadi titik pertama saya bergelar guru penolong kanan Hal Ehwal Murid. Bersyukur dan moga kita terus berada dalam lindungan Illahi. Hari ini memang sibuk dengan beberapa tugasan yang perlu diselesaikan. Semangat memang lebih..dan harap berkekalan hingga hujung tahun. Dalam kesibukan ini..masih sempat saya gunakan waktu ni untuk mencoretkan sedikit catatan

Pelbagai ragam dapat kita lihat pada hari ini. Ada yang tersenyum, ada yang monyok, ada yang berair mata. Tak tahulah sedih ke, gembira ke..wallahua’lam.


Dunia persekolahan sememangnya menyeronokkan. Tempat menimba ilmu untuk dibawa bukan sahaja sebagai platform untuk memasuki alam pengajian ke peringkat seterusnya tetapi juga sebagai bekalan untuk kehidupan dimasa akan datang.


Namun yang pasti, hari ini merupakan hari yang bersejarah khas buat murid-murid tahun satu. Masing-masing menampakkan semangat untuk hadir kesekolah sehingga diberitakan kedapatan murid tahun satu bangun seawal jam 5 pagi


Inilah hari pertama melangkah sebagai seorang murid. Kalau sebelum ini hanya bersama rakan-rakan dari pra sekolah, tapi kini sudah berbeza, bukan sahaja bersama rakan-rakan tahun satu, tapi dikelilingi murid dari tahun yang berbeza.

Selamat bertugas kepada semua guru di Malaysia.. Jadilah 2010 ini sebagai tahun perubahan yang lebih baik dari tahun sebelumnya..


01 Januari 2010

Hari Orientasi Murid Prasekolah dan Tahun Satu 2010

Hari Orientasi Murid Prasekolah dan Tahun Satu 2010
Tarikh : 31 Disember 2009
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi







JADILAH GURU SEBENAR
KE SEKOLAH TIDAK JEMU
Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif; hitam atau putih; buruk atau baik; cemerlang atau kecundang; begitu juga sikap dan perlakuan kita sebagai guru-guru yang bukan sahaja profesional sifatnya malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa.
dUnia kUriKuLuM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute