
Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 Mac 2012 sehingga 30 April 2012, permohonan pendaftaran ke Tahun 1 sesi 2013 dan 2014 hendaklah dibuat melalui aplikasi dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang (web) Jabatan Pelajaran Selangor http://www.moe.gov.my/jpnselangor.
Permohonan hendaklah dibuat mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 1 Mac hingga 30 April 2012
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Pejabat sekolah
Berikut adalah perkara yang perlu dibawa semasa mendaftar di sekolah :
1. Sijil lahir / sijil anak angkat asal
2. Bil utiliti (Bil eletrik/bil air)
3. Satu salinan kad pengenalan ibu dan bapa /penjaga
4. Dua sampul surat putih bersaiz 4″x9″
5. Dua keping setem 60 sen
Permohonan ini adalah pada kanak-kanak yang lahir pada :
1. 02.01.2006 – 01.01.2007 (Sesi Persekolahan 2013)
2. 02.01.2007 – 01.01.2008 (Sesi Persekolahan 2014)
Ibu bapa perlu membuat Perakuan Permohonan tersebut di sekolah yang dipohon dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan online dengan membawa bersama cetakan borang maklumat permohonan serta dokumen-dokumen asal dan salinan yang diperlukan.
Semoga mendapat kerjasama dan perhatian yang sewajarnya.


0 ulasan:
Catat Ulasan