mAsA iTu eMaS
Surah Al-Asr pun menyatakan demi masa. Kenapa ye? pengagihan masa amat penting tetapi jarang dilakukan. semua nak on the spot. Bila ditanya 5 tahun lagi apa awak akan buat? jawapan nya entahlah, tengoklah. Adakah kita memang diajar berserah atau tak boleh merancang??? Mengelak dari melaksanakan tugas kerana tak ada "masa"? Ini bukan jawapan nya. Jawapannya orang itu tak tahu mengurus masa.
INFO TERKINI

06 Mei 2011

Salam Kesedihan.......

PN. MAAH BINTI HJ ROSDIN



Hari ini SKSA menerima satu berita yang amat menyedihkan dan menyentuh perasaan semua guru-guru bahawa Guru Besar yang dihormati lagi disanjungi menerima satu surat dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor menyatakan bahawa beliau telah menerima arahan bertukar ke SK Seksyen 17 Shah Alam. Walaupun sebelum ini ada desas desus khabar angin yang beliau ditukarkan ke sekolah yang disebut. Tapi hari ini nyata bahawa ianya menjadi kenyataan.
Alangkah terasa sedih dan pilunya Guru Besar yang disayangi oleh semua warga SKSA terpaksa akur dan redha menerima sebarang arahan bahawa beliau akan beriPndah ke sekolah tersebut mulai 1 MEI 2011.
Kami guru-guru SKSA merasa satu kehilangan permata besar dan berharga bagi SKSA, kami akur akan ketentuanNya dan mengharapkan Pn Hjh Maah tabah, tenang dan sabar menghadapi cabaran ke sekolah yang lebih besar. Kami warga SKSA selalu mendoakan kesejahteraan dan dikurniakan kesabaran dan dipermudahkan perjalanan tugas di sana nanti. AMIN.....

" JASAMU TETAP DIKENANG "



0 ulasan:

Catat Ulasan

JADILAH GURU SEBENAR
KE SEKOLAH TIDAK JEMU
Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif; hitam atau putih; buruk atau baik; cemerlang atau kecundang; begitu juga sikap dan perlakuan kita sebagai guru-guru yang bukan sahaja profesional sifatnya malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa.
dUnia kUriKuLuM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute