mAsA iTu eMaS
Surah Al-Asr pun menyatakan demi masa. Kenapa ye? pengagihan masa amat penting tetapi jarang dilakukan. semua nak on the spot. Bila ditanya 5 tahun lagi apa awak akan buat? jawapan nya entahlah, tengoklah. Adakah kita memang diajar berserah atau tak boleh merancang??? Mengelak dari melaksanakan tugas kerana tak ada "masa"? Ini bukan jawapan nya. Jawapannya orang itu tak tahu mengurus masa.
INFO TERKINI

17 Disember 2010

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Datuk Abdul Ghafar Mahmud

Pengarah Institut Aminuddin Baki Datuk Abdul Ghafar Mahmud dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baru bagi menggantikan Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang bersara wajib.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelantikan itu adalah selaras dengan peruntukan 144(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan beliau (Abdul Ghafar) sebagai Ketua Pengarah Pelajaran
Gred Utama Turus III,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata pelantikan itu dibuat berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki Abdul Ghafar dalam bidang pendidikan, pengetahuan selain kompetensinya.

“Saya percaya pengalaman, pengetahuan serta komitmen beliau akan membolehkannya melaksanakan tugas seperti mana yang diperuntukkan oleh Akta Pendidikan 1996,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin turut merakamkan penghargaan kerajaan terhadap sumbangan Alimuddin sepanjang 34 tahun berkhidmat dalam bidang pendidikan.

Abdul Ghafar, 56, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari University of East Anglia, Norwich, United Kingdom dan Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya.

Beliau memulakan perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran pada 1 Mei 1977.

Sepanjang perkhidmatannya dalam bidang pendidikan, Abdul Ghafar telah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Atase Pendidikan di Jabatan Penuntut Malaysia, Washington, Amerika Syarikat (1989), Pengarah Bahagian Sukan Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran (2007) dan Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran pada 2008.

0 ulasan:

Catat Ulasan

JADILAH GURU SEBENAR
KE SEKOLAH TIDAK JEMU
Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif; hitam atau putih; buruk atau baik; cemerlang atau kecundang; begitu juga sikap dan perlakuan kita sebagai guru-guru yang bukan sahaja profesional sifatnya malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa.
dUnia kUriKuLuM © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute