SEKOLAH KEBANGSAAN SHAH ALAM
Jalan Dawai 16/2, Seksyen 16, 40200 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.
KENYATAAN TENDER KANTIN SEKOLAH
Jalan Dawai 16/2, Seksyen 16, 40200 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.
KENYATAAN TENDER KANTIN SEKOLAH
1. Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk menjual makanan dan minuman serta menguruskan kantin Sekolah Kebangsaan Shah Alam, Jalan Dawai 16/2, Seksyen 16, 40200 Shah Alam untuk tempoh masa selama 2 tahun mulai 01 Januari 2011 hingga 31 Disember 2012.
2. Borang Tawaran Tender boleh didapati di pejabat sekolah mulai 02 Julai 2010 (waktu pejabat sahaja) Tawaran-tawaran yang tidak menggunakan borang tawaran tidak akan dipertimbangankan.
3. Tawaran Tender Kantin hendaklah dihantar dalam sampul surat yang berlakri dan bertanda di luarnya
“ Tawaran Tender Kantin Sekolah Kebangsaan Shah Alam “ di bahagian atas sudut kiri. Borang serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan hendaklah sampai ke pejabat sekolah pada atau sebelum
31 Julai 2010 jam 12 tengah hari. Tawaran yang lewat tidak akan dilayan.
4. Semua tawaran hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM1000.00 (Ringgit Malaysia: Satu ribu sahaja) dalam bentuk Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf atas nama “GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SHAH ALAM” . Permohonan tanpa wang pertaruhan tidak akan dilayan dan dipertimbangkan.
5. Wang pertaruhan ini akan dikembalikan kepada yang tidak berjaya selepas keputusan tawaran tender diumumkan. Bagi yang berjaya, wang pertaruhan akan dikembalikan selepas tamat tempoh perjanjian.
6. Pihak sekolah tidak terikat dengan tawaran tender yang tertinggi atau sebarang tawaran. Pihak sekolah adalah berhak menerima atau menolak sebarang tawaran dengan tidak menyatakan sebarang sebab.
7. Dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan bersama Borang Tawaran Tender Kantin ialah seperti berikut:
a) Sijil Pendaftaran Perniagaan
b) Sijil Kursus Pengendalian Makanan
c) Sijil Kewangan (jika perlu)
d) Butir-butir Peribadi dan surat sokongan / Perakuan pengalaman dalam usaha perniagaan dan pengendalian makanan.
8. Penender-penender yang berjaya dikehendaki menandatangani satu perjanjian dengan pihak sekolah dan dikehendaki membayar wang pertaruhan keselamatan sebanyak RM1000.00 dan bayaran tambahan sebanyak RM500.00 sebagai cagaran nil elektrik dan air.
9. Bayaran sewa kantin akan dikutip tiap-tiap bulan selama 12 bulan.
10. Keputusan Jawatankuasa Tender adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
11. Anggaran bilangan murid, guru dan kakitangan bagi Tahun 2011 adalah:
1. Bilangan Murid : 530 oarng
2. Sesi Persekolahan : Pagi sahaja
3. Bilangan Guru/Staff Sokongan : 50 orang
Sekian, terima kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA“
Saya yang menurut perintah,
(MAAH BINTI ROSDIN)
Guru Besar
SK Shah Alam
1 ulasan:
Macam mana kira sewa kantin, ditentu oleh berapa orang muridkah?
Catat Ulasan